Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 untuk seluruh negara terus meningkat kepada 1.14.
Kadar kebolehjangkitan COVID-19 yang disebut sebagai Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes harian seluruh negara adalah pada 1.14 (14 April), berbanding hari sebelumnya 1.09 (13 April), 1.07 (12 April) dan 1.06 (11 April).
![kadar kebolehjangkitan covid-19 di malaysia terus meningkat](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/ey-pzjtvcai1rez.jpg)
Bagi pecahan mengikut negeri pula, Terengganu mencatatkan bacaan Ro/Rt tertinggi iaitu 1.30, diikuti Kelantan (1.27), dan Putrajaya (1.26). Perician untuk negeri-negeri lain adalah seperti berikut:
![kadar kebolehjangkitan covid-19 di malaysia terus meningkat](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/ey-pzi8ucaczn7q.jpg)
![kadar kebolehjangkitan covid-19 di malaysia terus meningkat](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/ey-pz7ovgaqmhjd.jpg)
Selain itu, terdapat 1,889 lagi kes baharu positif COVID-19 dicatatkan pada 14 April, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 365,829 kes.
Sumber: KKM