Kadar Kebolehjangkitan COVID-19 Meningkat

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt di Malaysia meningkat pada 8 April 2021.

 

Dalam satu laporan, nilai Ro/Rt meningkat daripada 0.98 kepada 1.00 setakat 8 April 2021.

kadar kebolehjangkitan covid-19 meningkat

Daripada itu juga, Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi iaitu 1.29, diikuti WP Labuan (1.14), Sabah (1.10) dan Kelantan (1.07).

kadar kebolehjangkitan covid-19 meningkat

kadar kebolehjangkitan covid-19 meningkat

KKM turut melaporkan sehingga 8 April, terdapat 1,285 lagi kes baharu positif COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 355,753 kes.

 

Sumber: KKM

 

ARTIKEL BERKAITAN