Nasib Jurulatih Bola Tampar Menampar Pemain Diketahui Rabu [Video]

Baru-baru ini tular satu video yang jelas menunjukkan aksi seorang jurulatih pasukan bola tampar yang menampar dua pemainnya.

nasib jurulatih bola tampar menampar pemain diketahui rabu [video]

Ekoran itu, keputusan untuk menggantung atau menamatkan perkhidmatannya sebagai jurulatih pasukan bola tampar Melaka B-14 (Wanita) hanya akan diketahui pada Rabu ini.

 

Perkara itu dimaklumkan oleh Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), VP Shanmugam selepas video berkenaan tular dan mendapat perhatian pelbagai pihak.

 

Ujarnya, Majlis Sukan Negara (MSN) juga belum membuat sebarang keputusan meskpipun Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) telah menggantung jurulatih itu daripada mana-mana aktiviti bola tampar kebangsaan.

nasib jurulatih bola tampar menampar pemain diketahui rabu [video]

"Saya rasa buat masa ini, oleh kerana perkara ini sudah diselesaikan secara baik, tapi bagaimanapun hari Rabu selepas post-Exco saya akan panggil jurulatih dan yang berkenaan untuk tanya apa tindakan yang akan diambil, kalau mereka rasa menerima dengan hati terbuka dan maafkan jurulatih, tiada futher action, saya selaku Exco bertanggungjawab dan akan lakukan yang terbaik untuk selesaikan," kata Shamugan.

 

Video jurulatih itu menampar pemainnya telah mendapat perhatian ramai, termasuk Menteri Belia dan Sukan, Hanna Yeoh dan juga Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

 

Kejadian dipercayai berlaku semasa Kejohanan Bola Tampar Remaja (Bawah 14 tahun) B-14 2022 bagi kategori perempuan pada 16 Disember lalu.

 

@bayanganmalam66 *Kejohanan bola tampar: Video pemain kena tampar tular* SATU video memaparkan tindakan jurulatih sebuah pasukan bola tampar menampar pemainnya tular di laman media sosial. Kejadian dipercayai berlaku semasa Kejohanan Bola Tampar Remaja (Bawah 14 tahun) B-14 2022 bagi kategori perempuan pada 16 Disember lalu. Perlawanan penentuan tempat ketiga itu membabitkan pasukan Melaka menentang Johor di sebuah sekolah di Johor. Dalam video yang disiarkan secara penstriman langsung di Facebook itu, jurulatih pasukan Melaka dilihat menampar dua pemainnya yang menyebabkan pasukan kehilangan mata sebelum tempoh rehat permainan. Dalam pada itu, Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr Pekan Ramli menyifatkan tindakan jurulatih tersebut sebagai keterlaluan. "Ia satu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku terutama dalam kejohanan di peringkat sekolah. "Menampar pemain depan pemain lain satu perkara yang memberikan kesan sangat negatif kepada pemain. Ini bukan budaya kita," katanya#newviralvideo #rwyfb🔥 #masukberandafyp #hello2023 ♬ bunyi asal - ℹ️Ⓜ️iQ💠9️⃣1️⃣🇵🇭🇲🇾🇸🇬

 

 

Sumber: Astro AWANI