Jumlah Keseluruhan Kes COVID-19 Malaysia Kini Cecah 728 Ribu

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sehingga 26 Jun 2021, terdapat lagi 5,803 kes baharu yang dilaporkan.

jumlah keseluruhan kes covid-19 malaysia kini cecah 728 ribu

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di negara ini mencecah 728,462 kes. Perincian kes setakat 26 Jun 2021 adalah seperti yang berikut:

 

  • Kes sembuh: 5,193 kes (662,932 kes kumulatif, 91.0%);
  • Kes baharu: 5,803 kes (728,462 kes kumulatif);
  • Kes import: 10 kes (3 warganegara, 7 bukan warganegara);
  • Kes tempatan: 5,793 kes [4,433 warganegara (76.5%); 1,360 bukan warganegara (23.5%)];
  • Kes aktif: 60,646 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 866 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 435 kes;
  • Kes kematian: 81 kes (4,884 kes kumulatif, 0.67%; 78 warganegara, 3 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster: 2,755 kluster;
  • Jumlah kluster baharu: 14 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 1,887 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 868 kluster.

 

Sebanyak 81 kes kematian juga dilaporkan pada 26 Jun yang melibatkan 30 kes di Selangor, 14 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 12 kes di Johor, sembilan (9) kes di Negeri Sembilan, lima (5) kes diSarawak, masing-masing tiga (3) kes di Pahang dan Melaka, dua (2) kes di Wilayah Persekutuan Labuan, serta masing-masing satu (1) kes di Pulau Pinang, Kedah, dan Terengganu.

jumlah keseluruhan kes covid-19 malaysia kini cecah 728 ribu

Sumber: KKM