Jualan Murah Keluarga Malaysia khas untuk golongan siswa akan diadakan bulan depan!
Ini lah masanya untuk beli barang-barang nak masuk semester baru.
Macam-macam barangan yang ada antaranya alat tulis, salinan dokumen, perkhidmatan cetakan, tambahan prabayar data telekomunikasi, buku dan makanan.
Tapi, sebagai permulaan, JMKM Siswa ni akan bermula di UKM pada minggu pertama Oktober.
Lepastu baru lah diperluaskan ke 20 kampus IPTA seluruh negara.
Bestnyaaaaa!
Jualan Murah Keluarga Malaysia diwujudkan bulan lepas untuk bantu rakyat dapatkan barangan pada harga lebih murah setiap minggu.
Dengan konsep yang sama, ia diperluaskan untuk bantu golongan siswa pula.
Jualan akan dibuat 2 hari setiap minggu sehingga 31 Disember tau.
Jangan lepaskan peluang keemasan ni, okay!
Sumber: Izzati Amir