Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dah pun bermula semalam.
Teruja bila tengok Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah jadi penerima terawal vaksin yang ditunggu-tunggu selama ni.
Tapi, bila pulak giliran kita? Macam mana nak daftar?
Ada 5 kaedah pendaftaran untuk orang ramai dapatkan vaksin Covid-19:
1. Aplikasi MySejahtera
2. Laman sesawang khas di www.vaksincovid.gov.my
3. Talian hotline
4. Hadir ke fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta
5. Program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Semalam, Perdana Menteri sudah pun melancarkan program pendaftaran vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera.
Ini 5 langkah mudah untuk daftar vaksinasi Covid-19 di aplikasi MySejahtera :
1. Muat turun atau kemas kini aplikasi MySejahtera
2. Klik logo “Vaksinasi COVID-19”
3. Klik “Vaksin untuk (nama anda)” dan sahkan maklumat anda
4. Klik “Di Sini” untuk memberikan maklumat tambahan
5. Jawab soalan dan tekan “Hantar”
Lepas tu, jangan lupa aktifkan “push notification” untuk terima maklumat temujanji vaksinasi nanti.
Maklumat temujanji akan diberikan secara berperingkat mengikut fasa vaksinasi yang telah dikenal pasti untuk setiap individu.
Bagi pendaftaran di laman sesawang khas dan talian hotline, ia akan mula dibuka 5 Mac ni tau.
Senang je kan? Tunggu apa lagi, jom daftar cepat-cepat!
Ini salah satu usaha kita untuk putuskan rantaian jangkitan Covid-19, selain daripada terus patuhi SOP yang ditetapkan.
Oleh: Izzati Amir