Baru-baru ini, seorang individu yang kononnya adalah jiran yang tinggal berdekatan dengan kediaman arwah Abam Bocey mendedahkan Ali Puteh sebenarnya ada dalam rumah itu ketika kakak iparnya, Norhidayah datang baru-baru ini.
Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Mubarak Ali, 33, berkata dakwaan itu adalah tidak benar dan ia adalah satu fitnah.
Menurut Ali, jika benar ketika itu dia ada dirumah, beliau meminta jiran tersebut untuk tampil menunjukkan bukti yang jelas.
“Fitnah masih besar dan makin besar sekarang.
“Saya minta jiran yang kononnya jiran saya itu tampil ke depan dan pastikan betul atau tidak saya berada di rumah,” kata Ali.
Tambah Ali, beliau tidak pun menetap di rumah berkenaan dan tidak mungkin dia boleh berada disitu ketika kejadian.
Terdahulu, balu Allahyarham Abam telah meluahkan rasa kecewa kerana tidak dibenarkan untuk memasuki rumahnya bersama Abam. Malah, menurut Hidayah keadaan rumah juga kelihatan seperti tidak terurus dan tidak terjaga. Malah, Ali turut mempersoalkan kenapa Hidayah tidak bertanya soal bil elektrik dan bil air sepanjang tiga tahun dia dan keluarga menjaga rumah itu.
Sumber: Astro Gempak