“Jika Dia Nak Ikat Saya Hingga Terseksa Sampai Ke Proses Hakam, Dia Lelaki Kejam’ - Diana Danielle

Pelakon Diana Danielle akui tidak akan termakan dengan pujukan dan akan tetap meneruskan perceraian dengan suaminya Farid Kamil. 

 

“Jika dia mahu ikat sehingga saya terseksa sampai ke proses hakam, dia lelaki kejam.

 

“Saya sudah menghabiskan masa selama setahun cuba memperbaiki dan pulihkan keadaan.

 

“Sudah banyak kali kami berdepan dengan ambang keretakan,” katanya dalam InstaStory.

 

Dalam pada itu, Diana juga menegaskan dia mahu bebas segera daripada suaminya. 

 

“Saya tidak mahu dipujuk dan tak mahu teruskan perkahwinan ini. Niat saya cukup jelas.

 

“Tiada lagi yang saya mahukan selain tidak berada di bawah tanggungjawab dia,” tegasnya.

 

Sumber: Kosmo