Ditipu Rakan Kongsi, Pelakon Filem Dealova Ini Terpaksa Tanggung Akibat Kehabisan Banyak Wang

Pelakon ternama Indonesia, Jessica Iskandar yang pernah membintangi filem popular, Dealova dilaporkan terpaksa menjual rumah mewah miliknya yang terletak di bandaraya Jakarta untuk menanggung kerugian yang disebabkan rakan kongsi perniagaannya.

ditipu rakan kongsi, pelakon filem dealova ini terpaksa tanggung akibat kehabisan banyak wang

Perkara itu disahkan abangnya sendiri, Erick Iskandar.

Kata Erick, pelakon itu kehabisan banyak wang, iaitu kira-kira RM3 juta selepas rakan kongsinya membawa lari 11 buah kereta mewah miliknya.

“Jessica terpaksa menjual rumahnya di Jakarta dan telah pun berjumpa dengan beberapa individu yang mahu membeli rumah tersebut,” ujar Erick.

Dalam pada itu, Jessica juga didedahkan kini buntu setelah pihak polis gagal menemukan sebarang petunjuk dan menjejaki rakan kongsinya yang dikenali sebagai Christoper Steffanus Budianto itu.

Namun, wanita yang hanya berusia 34 tahun itu masih sempat menitipkan kata-kata semangat buat dirinya walaupun setelah semua yang berlaku.

“Tertawa atas penderitaan diri sendiri. Sabar dan ikhlas. Banyakkan berdoa cara paling mudah untuk mengurangi tekanan,” ujarnya.

 

Sumber: Kosmo