Jenazah Pesakit COVID-19 Di Kuala Lumpur Berkurangan

Jumlah jenazah pesakit COVID-19 di beberapa hospital utama di Kuala Lumpur kini mula menunjukkan penurunan.

jenazah pesakit covid-19 di kuala lumpur berkurangan

Perkara itu diumumkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam satu hantaran di Facebook rasminya.

 

“Alhamdulillah, suasana di jabatan forensik di hospital-hospital utama di Kuala Lumpur semakin bertambah baik dengan berkurangnya jumlah jenazah Covid-19.

“Walaupun begitu, bukan bermakna kita sudah boleh kembali seperti sedia kala,” katanya.

jenazah pesakit covid-19 di kuala lumpur berkurangan

Tambah Jawi lagi, meskipun begitu pihaknya sentiasa akan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

 

“Begitu juga dengan kami barisan Petugas Khas Pengurus Jenazah Covid-19, suasana yang tidak kelam-kabut ini sedikit melegakan hati kami, tapi masih sentiasa dalam mod siap sedia dengan sebarang keadaan yang bakal berlaku.

“Apa pun yang terjadi, terima kasih semua kerana anda membantu petugas barisan hadapan dalam mendepani tugas-tugas mencabar ini. Doa anda kami pohon agar kami terus kuat,” ujarnya.

jenazah pesakit covid-19 di kuala lumpur berkurangan

Setakat 23 Ogos 2021, terdapat 174 lagi kes kematian dicatatkan, dimana  53 kes di Johor, 28 kes di Pulau Pinang, 25 kes di Sabah, 11 kes di Negeri Sembilan, masing-masing  sembilan (9) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kedah, dan Kelantan, masing-masing tujuh (7) kes di Selangor dan Pahang, enam (6) kes di Melaka, empat (4) kes di Perak, serta masing-masing tiga (3) kes di Sarawak dan Perlis.

 

Sumber: [1]