Kesesakan Luar Biasa Dijangka Di Bukit Jalil 10 September Ini

Kesesakan lalu lintas luar biasa dijangka bakal berlaku pada 10 September ini di Bukit Jalil susulan daripada tiga acara besar yang berlaku ketika itu.

kesesakan luar biasa dijangka di bukit jalil 10 september ini

Pada hari kejadian, final Piala FA, konsert Dewa 19 dan juga pesta Fun Fair diadakan serentak di kawasan stadium, Arena Axiata dan perkarangan parkir hub sukan terbabit.

kesesakan luar biasa dijangka di bukit jalil 10 september ini

Perkara itu disuarakan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang mengakui bimbang dengan acara pada hari berkenaan.

 

Beliau turut meminta peminat bola sepak tempatan yang mahu hadir ke SNBJ supaya menggunakan perkhidmatan awam seperti LRT bagi mengurangkan kesesakan kenderaan.

 

Tambah beliau lagi, kesesakan itu pasti berlaku lebih lagi membabitkan masalah tempat letak kereta yang terhad dengan jumlah kenderaan bagi ketiga-tiga acara itu.

 

Final Piala FA antara pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dan Terengganu FC bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 September ini. Tarikh yang sama juga adalah konsert jelajah Dewa 19 di Arena Axiata yang berada bersebelahan stadium, dan pesta Fun Fair yang berlangsung di perkarangan parkir stadium itu juga.

 

Sumber: HMetro