‘Filem Ni Sangat Tajam & Moden’ - Jay Jay Puji Filem Mat Kilau

Penyanyi berpengalaman, Jay Jay menjelaskan dia tidak mempedulikan komen negatif yang dilemparkan terhadap filem fenomena arahan Syamsul Yusof, iaitu Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (Mat Kilau).

‘filem ni sangat tajam & moden’ - jay jay puji filem mat kilau

Jay Jay berkata sedemikian sebagai maklum balas mengenai komen penonton terhadap filem yang baru saja memulakan tayangan di platform penstriman popular, Netflix pada 16 September lalu.

“Filem ini sangat tajam, moden dan sangat mengujakan. Jadi saya tak perlu ambil peduli dengan komen negatif sebegini.

“Ketika filem ini mula keluar di Netflix, saya tengok seorang diri dan sangat memberi tumpuan. Saya nak tahu keistimewaan filem yang cetuskan impak dengan kutipan hampir RM100 juta ini.

“Mana ada sejarah kutipan begini. Bagi saya ini adalah pembikinan filem era moden yang terbaik di negara kita. Bukan saya pandang yang lain tak bagus tapi ini yang terbaik," ujarnya.

Dalam pada itu, 

Tambah pelantun lagu “Cukuplah Sekali” itu, dia hanya mengetahui barisan pelakon filem terbabit selepas menontonnya dan berpendapat kombinasi mereka semua dalam satu naskhah adalah sesuatu yang mengujakan.

“Sebelum ini saya dengar berkenaan filem namun tidak tahu barisan pelakonnya kecuali Datuk Adi Putra. Selepas itu baru saya perasan pembabitan hero-hero ini dan rasa sangat bagus.

“Ceritanya menarik dan tidak bosan. Selalunya saya tengok cerita, pasti rasa bosan... ada kelakar seram tapi yang ini tiada dan sangat bagus.

“Saya memang teliti menonton filem terutama lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Nordin Ahmad dan Ahmad Nisfu. Filem-filem lain pun saya ikut tapi yang ini menarik perhatian saya,” ujarnya.

 

Sumber: HMetro