Baru-baru ini, pelakon Syifa Melvin dan suaminya yang juga merupakan pemain bola sepak JDT, Safawi Rashid, telah berkongsi foto pertama anak mereka di Instagram.
![garis rahang bayi syifa melvin dan safawi rashid curi tumpuan ramai, “handsomenya!”](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2023-10-24-at-11-22-46-am.png)
Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah garis rahang atau ‘jawline’ anak mereka yang diberi nama Saif Sulaiman Muhammad Safawi ini yang kelihatan elok dan tajam.
![garis rahang bayi syifa melvin dan safawi rashid curi tumpuan ramai, “handsomenya!”](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2023-10-24-at-11-24-23-am.png)
"Kecik-kecil, 'jawline' dah tajam, boleh berdarah jari acik, Saif. Membesar dengan sihat, anak. Jadi anak soleh ibu dan daddy," tulis seorang netizen pada komen.
"Masya-Allah. 'Handsome'nya Saif. Kecil-kecil, dah ada 'jawline'. Semoga jadi anak soleh, Saif," tulis seorang lagi netizen.
Foto tersebut adalah hantaran pertama yang dimuatnaik kepada akaun peribadi Instagram Saif yang diwujudkan.
![garis rahang bayi syifa melvin dan safawi rashid curi tumpuan ramai, “handsomenya!”](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2023-10-24-at-11-19-15-am.png)
Saif selamat dilahirkan pada 30 September lalu di sebuah hospital swasta di Johor Bahru.
Sumber: Instagram