KL, Putrajaya, Labuan Benar Majlis Akad Nikah Di Hotel & Tempat Khas

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kini membenarkan majlis akad nikah untuk diadakan di premis sewaan termasuk hotel, dewan, butik pengantin atau tempat khas mulai hari ini, 5 November.

kl, putrajaya, labuan benar majlis akad nikah di hotel & tempat khas

Kebenaran itu dibuat kepada mana-mana pasangan yang ingin mengadakan majlis nikah di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, berbanding hanya dibenarkan di pejabat Jawi atau masjid-masjid sebelum ini.

 

Bagaimanapun Jawi masih tidak membenarkan majlis akad nikah untuk diadakan di rumah atau kediaman persedirian.

 

Berdasarkan garis panduan terbaharu itu, kehadiran maksimum majlis akad nikah di pejabat Jawi ditetapkan seramai 10 orang termasuk jurunikah dan dua orang saksi.

kl, putrajaya, labuan benar majlis akad nikah di hotel & tempat khas

“Ia termasuk pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, ibu pengantin perempuan, kedua ibu bapa pengantin lelaki, jurunikah, dua orang saksi (pihak jawi atau masjid) dan seorang jurugambar.

“Bagi kehadiran di masjid pula, jumlah kehadiran maksimum dibenarkan adalah seramai 20 orang dan tertakluk keluasan ruang serta mengamalkan penjarakan 1 meter.

“Selain itu, kehadiran hadirin ke premis sewaan pula hendaklah tidak melebihi 50 peratus kapasiti ruang dan penjarakan fizikal serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

 

Kehadiran majlis akad nikah pula dibenarkan kepada tetamu yang lengkap vaksin dan tempoh masa keseluruhan majlis juga tidak lebih 20 minit.

 

Ketetapan baharu itu sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN