Pelakon dan penyanyi, Janna Nick sempat menitipkan pesanan buat suaminya, Dini Schatzmann sebelum beliau berangkat ke Mekah bagi menjalani penggambaran drama selama dua minggu.
Janna menerusi Instagram secara berseloroh memberi pesanan kepada suaminya agar tidak menggatal sepanjang pemergiannya itu.
“Jangan gatal-gatal kalau nak hidup lama,” tulis Janna pada kapsyen video di Instagram.
Video itu turut memaparkan momen indah pasangan suami isteri ini di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).
Kelihatan mereka saling berpelukan dan nampak sukar untuk melepaskan antara satu sama lain. Janna turut dilihat memegang erat lengan suaminya, sebelum mereka berpelukan dan berlaga hidung sesama sendiri.
Malah, kelihatan Janna turut mengesat air matanya, sebelum beliau meneruskan langkah ke terminal perlepasan.
Perkongsian itu mencuri perhatian ramai warganet yang rata-ratanya turut mendoakan agar urusan Janna dipermudahkan.
Sumber: Instagram Janna Nick