Bukan Mengada, Janna Nick Tak Boleh Terima Jika Suami Cakap Nada Tinggi

Pelakon, Janna Nick akui tidak boleh menerima jika suaminya, Dini Schatzman, bercakap dalam nada tinggi.

bukan mengada, janna nick tak boleh terima jika suami cakap nada tinggi

Pemilik nama sebenar Nurul Janna Muner, 29, berkata, beliau mudah terasa andai ada individu yang berbual dalam nada tinggi, khasnya suaminya sendiri.

 

“Dulu Dini tidaklah cakap dengan nada lembut sangat. Saya tidak boleh dengan seseorang yang cakap dalam nada keras atau tinggi suara.

“Lama-kelamaan dia pun sudah terbiasa cakap begini (lembut) dengan saya. Kalau dia cakap kasar saya akan mudah terganggu dan rasa dia seorang panas baran,” katanya dalam sebuah video.

 

Bukan Janna sahaja, malah Dini turut akui merasai hal serupa jika isterinya itu bercakap dalam nada suara tinggi.

bukan mengada, janna nick tak boleh terima jika suami cakap nada tinggi

“Sekarang, kalau tiba-tiba saya marah dan tertinggi suara, dia pun akan jadi sensitif dan terasa

Jadi, kami lebih selesa berkomunikasi begini. Kami juga bukan sengaja nak mengada-ngada berbual seperti bayi (manja) tetapi inilah diri saya.

“Saya tiada memori pada zaman kecil, jadi sekarang ini saya mahu cipta balik,” jelasnya.

 

Tambah Janna lagi, beliau menasihatkan agar individu lain untuk melayan pasangan masing-masing dengan cara sepatutnya dan baik.

 

@jannanickofficial

boleh percaya ke ni korang?

♬ original sound - jannanick95

 

@jannanickofficial Replying to @Queen Zuhayra ♬ original sound - jannanick95

 

Terdahulu, suami Janna Nick itu pernah meraih pujian ramai kerana sering memuatnaik video menunjukkan dirinya melayan dan menjaga Janna dengan baik sehingga membuatkan ramai berasa cemburu.

 

Sumber: Tiktok