‘‘Bukan Tayang, Dah Dari Belakang, Takkan Nampak Hidung Pula,’’ – Janna Nick

Baru-baru ini kecoh di media sosial menunjukkan video penyanyi, Janna Nick sedang menyapa peminatnya dari arah belakang.

‘‘bukan tayang, dah dari belakang, takkan nampak hidung pula,’’ – janna nick

Bagaimanapun beberapa blogger tempatan memanipulasi video terbabit dan menggunakan tajuk bernada seksual yang membuka ruang kepada netizen untuk mengecam beliau.

‘‘bukan tayang, dah dari belakang, takkan nampak hidung pula,’’ – janna nick

Menerusi satu hantaran di Instagram, Janna Nick meluahkan rasa terkilan dengan tindakan itu kerana dia sama sekali tidak berniat menayang bahagian belakang badannya ke arah kamera, sebaliknya hanya berpaling ketika dipanggil peminat itu.

 

"Kadang kadang tak faham dengan penulisan sesetengah blogger. Kalau iya pun 'headline' kejar 'clickbait', pastikan sumber itu sahih dan tidak memanipulasi pembaca.

"Jangan sampaikan benda yang salah. Orang kita pulak sejenis baca tajuk saja. Video yang tular daripada peminat yang hadir ke acara itu.

"Peminat itu seorang perempuan dan dia membawa anak. Jadi, saya toleh ke belakang untuk melambai dan mengajak anak peminat itu untuk bergambar dengan saya.

"Bukan menayang 'buntut'. Dah dari belakang memanglah nampak punggung. Takkan nampak hidung pulak," tulisnya di Instagram Story.

 

Dalam pada itu, Janna turut berseloroh meminta pendapat ramai sama ada dia perlu berjumpa doktor untuk mengurangkan bahagian itu.

‘‘bukan tayang, dah dari belakang, takkan nampak hidung pula,’’ – janna nick

Sumber: Instagram Janna Nick