Janna Nick, Dini Schatzmann Dah Putus Cinta?

Pelakon terkenal Janna Nick dan kekasihnya, Dini Schatzmann dikhabarkan sudah berpisah. 

Persoalan ini telah menjadi tanda tanya peminat apabila Janna Nick dilihat telah berkongsi sebuah gambar seperti sedang ‘patah hati’ tentang perhubungan mereka yang telah berakhir di laman Instagram miliknya. 

janna nick, dini schatzmann dah putus cinta?

“Kepada kamu, mogakan berbahagia. Kini cinta kita telah berakhir untuk selamanya,” tulis Janna.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Tambahan lagi, tindakan Janna Nick yang menutup ruangan komen perkongsian berkenaan, telah membuatkan orang ramai lebih tertanya-tanya tentang keadaan mereka sehingga ada netizen yang mula menyerang akaun Instagram Dini untuk mendapatkan kepastian.

Menurut laporan Kosmo, Janna Nick tidak lagi mengikuti Dini dalam Instagram namun pelakon lelaki tersebut masih lagi menjadi pengikut akaun Janna Nick. 
 

Sumber: Kosmo