Pelakon Janna Nick akui pernah melalui fasa terendah dalam hidupnya selepas sering diasak mengenai cahaya mata dan dia pernah menangis tanpa pengetahuan suaminya di dalam tandas disebabkan datang bulan.
“Terima kasih semua atas doa dan kata-kata baik, saya okey sahaja. Menangis adalah perkara biasa bagi semua yang menanti kelahiran (TTC).
“Itu juga adalah kitaran kesedihan yang perlu dihadapi setiap bulan dan sebenarnya saya pernah lalui ‘breakdown’ (kejatuhan) lebih teruk lagi sebelum ini.
“Nangis senyap-senyap dalam tandas selepas tahu datang haid sebab tidak mahu suami kita sedih juga. Ini semua lumrah bagi mereka yang sedang berusaha untuk dapatkan anak,” katanya.
Namun, Janna percaya dengan rezeki Allah dan tetap akan berusaha untuk mendapatkan cahaya mata.
“Reda bukan tak reda tetapi cuma nak berkongsi perjalanan saya sepanjang TTC.
“Saya tetap percaya dan bersangka baik dengan Allah. Semoga ada antara doa kalian yang diangkat oleh Allah SWT,” ujarnya.
Sumber: Kosmo