Janna Nick Mohon Maaf Jika Sakitkan Mata dan Hati Sesiapa

Pelakon dan penyanyi popular, Janna Nick memohon maaf andai ada pihak yang kurang senang terhadap hantaran putus cinta yang dimuatnaik olehnya di Instagram.

janna nick mohon maaf jika sakitkan mata dan hati sesiapa

Menurut Janna, dia masih belum matang untuk mengawal perasaan apatah lagi selepas memberi bayangan dia dan kekasihnya sudah berpisah.

 

Ujar Janna, beliau memohon maaf andai hantaran yang dibuatnya itu menyakitkan mata dan hati sesetengah orang, khususnya pengikutnya.

 

“Saya minta maaf seandainya hantaran saya menyakitkan mata dan hati sesetengah orang.

“Saya sedar tidak cukup matang dan kuat untuk mengawal situasi begini. Maafkan saya,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

 

Dalam hantaran yang sama, Janna berkongsi screenshot seorang pengikut yang meluahkan rasa kurang senang apabila melihat hantaran yang dibuat Janna di media sosial.

 

“Awak sangat menjengkelkan. Sudah putus tidak payah muat naik macam-macam.

“Qoutes, gambarlah. Itu menunjukkan awak nampak sangat teruk. Hormat sikit bekas kekasih dan hubungan kamu.

“Banyak lagi memori manis, henti fokus terhadap perkara yang teruk,” tulis individu tersebut.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

 

Sumber: Instagram Janna Nick