Janna Nick Mengaku Miming Di Pentas AIM23

Kemunculan penyanyi Janna Nick di pentas berprestij Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) malam semalam nyata menerima kecaman hebat penonton.

janna nick mengaku miming di pentas aim23

Mana tidaknya, penyanyi lagu Gatal itu dikatakan telah menyanyi secara miming pada persembahan sulungnya di pentas itu kerana nyanyiannya dikatakan sempurna tanpa ada cacat cela.

 

Namun selepas beberapa jam berakhirnya acara muzik itu, Janna tampil mengakui beliau terpaksa miming di pentas AIM23 kerana mengalami masalah pada suaranya sejak berada di Jakarta beberapa minggu lalu.

 

“Saya minta maaf kerana di anggap memalukan AIM23 kerana miming di pentas anugerah berprestij #AIM23 .

“Peluang untuk menyanyi di pentas besar itu sebaris dengan penyanyi penyanyi hebat tanah air adalah satu impian yang memang dah lama saya impikan,” ujar beliau.

janna nick mengaku miming di pentas aim23

Tambah Janna lagi, sejak dijangkiti influenza dua minggu lalu, kesihatannya sedikit terganggu namun beliau terpaksa meneruskan juga aktiviti pekerjaannya termasuk memenuhi undangan di Singapura, meskipun sudah dinasihati doktor supaya berehat.

 

“Kesihatan saya amat terganggu. Saya meneruskan penggambaran #melastikkehatimu2, kerja kerja di jakarta & memenuhi undangan di Singapura walaupun telah dinasihati oleh doktor untuk berehat.

“Tanpa saya sedar pilihan saya memakan diri,” kata Janna lagi.

 

Beliau turut meminta maaf kepada semua dan berasa kesal di atas apa yang berlaku.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

 

Semoga cepat sembuh, Janna Nick!

 

Sumber: Instagram