Berikutan kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa tempat, maka ramailah yang mula panik. Ada yang terus meluru ke pasar raya untuk membuat pembelian panic dengan membeli barang-barangan basah dan kering.
Jangan panik guys! Jangan risau sebab Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menyatakan bahawa bekalan makanan mencukupi untuk kawasan-kawasan yang dilaksanakan PKPB.
Jadi, dengan jaminan tersebut korang tak perlu khuatir atau bimbang akan bekalan makanan. Lagipun, Pasar Raya, pusat beli belah dan retail store dibuka seperti biasa. Tapi, semuanya beroperasi dengan SOP yang ketat.
Selain itu, bagi kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor, Majlis Keselamatan Negara juga telah membenarkan restoran dan kedai atau gerai makan boleh beroperasi seperti biasa. Cumanya waktu operasi yang dibenarkan adalah di antara pukul 6 pagi hingga 10 malam sahaja.
Sumber: Telegram MKN