Jangan Suka-Suka Berhenti Di Bahu Jalan Lebuhraya SUKE

Fasa pertama Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang, SUKE sudahpun dibuka buat orang ramai, Jumaat lalu.

Hampir 100,000 kenderaan guna lebuhraya SUKE pada hari pertama pembukaannya!

Paling best, tol percuma selama sebulan diberikan kepada pengguna tauuu.

Lebuhraya SUKE ni special sebab ada pemandangan Kuala Lumpur yang cantik.

jangan suka-suka berhenti di bahu jalan lebuhraya suke

Sebab tu la ramai yang berhenti di bahu jalan atau lorong kecemasan untuk ambil gambar.

Bahaya tau!

Ahad lalu, SUKE catat kemalangan pertamanya melibatkan kemalangan antara sebuah kereta dengan motosikal.

Si pemandu kereta berhenti di lorong kecemasan untuk ambil gambar pemandangan sebelum motosikal datang dari arah belakang dan melanggar bahagian belakang kereta.

jangan suka-suka berhenti di bahu jalan lebuhraya suke

Penunggang motosikal tu cedera di bahagian kaki dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Susulan itu, PROLINTAS minta pengguna supaya tidak berhenti di bahu jalan tanpa sebarang alasan kecemasan.

Pihaknya tidak mahu insiden itu berulang lagi.

Jangan gara-gara nak tengok permandangan yang cantik, nyawa kita melayang.

Hati-hati!

 

Oleh: Izzati Amir