Jangan Sesekali Memandu Untuk Redah Arus Banjir!

jangan sesekali memandu untuk redah arus banjir!

Sekiranya anda berhadapan dengan situasi banjir, jangan sesekali mengambil risiko untuk meredah dengan memandu di dalam arus banjir.

Menurut Bukit Aman, orang awam seharusnya mengutamakan keselamatan mereka memandangan musim tengkujuh boleh menyebabkan arus air menjadi sangat bahaya.

Terdapat beberapa video yang tular di media sosial menunjukkan penunggang motosikal cuba untuk meredah arus banjir sedangkan ketika itu pergerakan air sangatlah deras.

Satu kejadian yang berlaku di Johor pula melibatkan seorang lelaki yang cuba menyelamatkan isterinya untuk keluar dari kereta. Namun, lelaki itu dikhuatiri lemas berikutan arus air yang sangat kuat dan telah menghanyutkan kenderaan tersebut.

Beberapa jalan utama di beberapa negeri telah ditutup berikutan banjir dan hujan lebat yang berterusan telah menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh. Kejadian tersebut juga menyebabkan ramai orang terperangkap di kawasan mereka.

Setakat ini lebih 15,000 mangsa telah dipindahkan ke kawasan penempatan sementara di Johor, Pahang, Selangor, Perak dan Kelantan!

Jaga keselamatan korang!

Sumber: SYOK Eng