Penyanyi Ara Johari akui sering gagal dalam percintaan dan menasihati sesiapa yang berdepan situasi yang sama dengannya.
“Sukar untuk saya katakan. Untuk diri saya sekarang ini, jangan bercinta dengan orang yang salah.
“Lebih senang, nasihat saya, jangan jaga jodoh orang,” katanya menerusi audio siar yang dihoskan pelakon Amelia Henderson.
Nasihat Ara itu juga telah membuatkan Amelia tergamam seketika sebelum meluahkan perasaannya.
“Itu sangat sakit. Saya sedang berfikir tentang masalah yang sebenarnya saya tak perlu untuk bercerita pun,” kata Amelia.
Sumber: Kosmo