“Single Itu Dikeluarkan Tanpa Pengetahuan Kami, Jangan Ambil Kesempatan Atas Situasi Mereka” - Pengurus Fazura

Fazura dan Fattah Amin terus mencipta sensasi selepas dikatakan bakal melancarkan single duet berjudul Bertahan Demi Cinta selepas sah bercerai talak satu. 

Pengurus Fazura, akui terkejut dengan berita pelancaran single duet tersebut tanpa pengetahuan pihak pengurusan. 

“Saya sempat bertanya, pihak Fazura juga tidak tahu, mereka (label) tidak maklumkan tiba-tiba sahaja mahu keluarkan lagu.

“Saya tidak hubungi label, cuma tanyakan kepada Fazura dan abangnya. Mereka tidak dimaklumkan apa-apa, tahu-tahu sudah keluar,” ujar Iman Tang.

Oleh kerana single tersebut, kini Fazura dan Fattah didakwa menggunakan perceraian mereka sebagai gimik untuk mempromosikan lagu.

Namun pihak pengurusan Fazura menepis dakwaan tersebut dan menganggap pihak label  tidak sepatutnya menangguk di air yang keruh, menggunakan kesempatan atas kesempitan orang lain.

 

Sumber: Kosmo