Jaclyn Victor Bakal Bertemu Pakar Hidung

Bintang Gegar Vaganza 9, Jaclyn Victor bakal bertemu dengan pakar rawatan hidung untuk merawat masalah di bahagian hidung.

Ini selepas penyanyi lagu Gemilang ini mengalami kesempitan ruang dalam hidungnya sehingga menyebabkan vocal nyanyiannya kurang seimbang.

jaclyn victor bakal bertemu pakar hidung

“Saya tak boleh kawasan yang sejuk, kotor atau asap rokok kerana ia akan menyebabkan saya mengalami masalah pernafasan.

“Saya juga dah rujuk kepada doktor di klinik dan atas nasihatnya, saya perlu berjumpa dengan doktor pakar untuk buat rujukan selanjutnya.

“Buat masa ini, saya ada ubat yang diberikan doktor agar mengawalnya supaya tidak lebih teruk,” katanya kepada portal SYOK.

Dalam pada itu, Jaclyn juga menyentuh mengenai persembahan nyanyian ketika konsert ketiga GV9 Ahad lalu.

Katanya, kemunculan Kak Lina Pom Pom ketika dia menyanyikan lagu Perawan Atau Janda adalah dirancang.

“Terus terang saya ingin jelaskan, kemunculan Kak Lina ketika saya menyanyi dan menari adalah di rancang.

“Ia tidak mengganggu langsung persembahan saya dan semua orang tahu, sebelum ini dia pernah menyanyi lagu ini ketika menjadi peserta GV3,” ujarnya.

Untuk minggu keempat, Jaclyn Victor bakal menyanyikan lagu You Raise Me Up yang dipopularkan oleh Josh Groban.

Saksikan Gegar Vaganza 9 setiap hari Ahad jam 9 malam yang disiarkan secara langsung di Astro Ria, Ria HD dan Astro Go.

 

Oleh: Syahdeen