Jangka Bersalin Bulan Depan, Izara Aishah Rupanya Tengah Sarat Hamil Anak Kedua

Pelakon, Izara Aishah mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan kini sedang sarat hamil anak kedua yang sudah memasuki usia trimester ketiga.

jangka bersalin bulan depan, izara aishah rupanya tengah sarat hamil anak kedua

Menerusi hantaran di Instagram Izara berkongsi beberapa foto yang menampakkan sedikit ‘baby bump’, termasuk memaklumkan bahawa jangkaan akan bersalin pada Oktober depan.

jangka bersalin bulan depan, izara aishah rupanya tengah sarat hamil anak kedua

“Here I’ll tell you, It’s due next month,” tulis Izara ringkas pada bahagian kapsyen.

 

 

Perkongsian Izara itu turut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada netizen termasuk ramai juga menitipkan doa agar pelakon ini dipermudahkan segala urusan melahirkan cahaya mata kelak.

jangka bersalin bulan depan, izara aishah rupanya tengah sarat hamil anak kedua

Terdahulu, Izara Aishah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Adib Khalid pada 17 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada April 2020.

 

 

Sumber: Instagram