Nak Istiqamah Bukan Mudah, Izara Aishah Bimbang Berubah Hati

Pelakon, Izara Aishah mengakui bukan mudah sebenarnya untuk kekal istiqamah dalam penghijrahan selepas beliau kini mengenakan hijab sepenuhnya dan menutup aurat.

nak istiqamah bukan mudah, izara aishah bimbang berubah hati

Menurut pemilik nama sebenar Izara Aishah Hisham, 31, beliau akui bimbang berubah hati namun sentiasa mengamalkan selawat untuk terus mengekalkan iman.

 

"Saya pun selalu lemah juga, iman pun tak kuat sangat. Kadang-kadang sebagai manusia iman turun naik. Tetapi saya berubah ini kerana Allah SWT sebab tu saya macam kuat sedikit.

"Menurut seorang ustaz, apabila iman sedikit lemah, perbanyakkan selawat. Katanya kalau 500 sehari pun tak mencukupi, harus 1000 kali berselawat atau lebih.

"Jadi perkongsian itu memang sangat membantu saya sendiri. Jadi saya kongsikan untuk kebaikan bersama," katanya.

 

Tambah lagi, Izara berkata beliau kini lebih selektif dalam soal karir dan turut meletakkan syarat yang bertepatan dengan imej serta statusnya sebagai muslimah.

nak istiqamah bukan mudah, izara aishah bimbang berubah hati

"Rasanya semua sedia maklum yang saya memang tegas dengan apa yang saya mahukan. Jadi apabila sudah bertudung lebih 'strict' berbanding sebelum ini.

"Contohnya seperti adegan atau babak dalam bilik saya tidak selesa untuk lakonkan. Malah, saya juga berpendapat tak logik jika adegan di rumah dengan imej bertudung.

"Sebabnya jika kita di rumah kita tidak bertudung. Jadi mungkin sebab-sebab ini yang membuatkan saya sudah lama tidak berlakon. Mungkin syarat-syarat yang dikenakan juga membuatkan ramai pihak 'rimas'," kata Izara.

 

Sumber: HMetro