“Gelekan Saya Itu Tidaklah Melampau,” Baby Shima Tiada Niat Cabar Sesiapa

Penyanyi, Baby Shima baru-baru ini sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila dilihat bergelek sakan ketika membuat persembahan di sebuah konsert, hujung minggu lalu.

“gelekan saya itu tidaklah melampau,” baby shima tiada niat cabar sesiapa

Warganet yang mengecam aksi penyanyi itu turut mempertikaikan pakaian yang dipakai olehnya kerana mencolok mata.

 

Bagaimanapun, Baby Shima menganggap aksinya di konsert berkenaan tidak keterlaluan malah gembira melihat penonton yang hadir turut berhibur dengan persembahannya.

 

 

“Saya rasa, gelekan saya itu tidaklah melampau dan biasa saja. Lagipun, penonton yang hadir pun terhibur dengan persembahan saya.

“Kalau tengok video yang saya kongsikan di Instagram saya pun, semua penonton terhibur. Tak ada pula yang rasa tak puas hati.

“Mungkin yang kecam itu kena datang tengok persembahan saya, baru mereka tahu gelekan itu biasa saja untuk nyanyian dangdut,” ujar Shima.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

 

Malah Baby Shima berkata beliau tidak mempunyai niat untuk mencabar mana-mana pihak dan hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai penghibur.

 

Sumber: BH