Isu Beg Berat…Akhirnya Ada Cahaya Di Hujung Jalan

isu beg berat…akhirnya ada cahaya di hujung jalan

Akhirnya macam nampak ada jalan yang terang pasal isu beg murid sekolah rendah berat. Yelah isu ni bukan setahun dua…dah lama dan takde penyelesaian tuntas. Kalau KJ secara peribadi, tak lain tak bukan lambakan subjek dan buku latihan tambahan yang tak berkesudahan berjela listnya…ditambah pulak dengan murid Tahap 1 yang memang struggle nak faham jadual. Pening kepala ya dik? Ha last-last angkut je semua pi sekolah. Tu yang acik nampak bongkok aje jalannya panjat tangga ke kelas. Simpati berat. Sudahlah beg memang berat, tambah lagi buku yang takde dalam jadual. Tu yang beg jadi berat macam batu! Kesian dan yang lebih sedih sebab membahayakan tulang belakang anak-anak kita yang masih kecik tu.

isu beg berat…akhirnya ada cahaya di hujung jalan

OK berbalik kepada pengumuman KPM semalam, ada 7 ketetapan bagi penyelesaian jangka panjang isu ni. Antaranya penyusunan semula jadual waktu. Mulai tahun ni, hanya 3 hingga 4 subjek sehari dalam jadual waktu. 

Buat julung kalinya jugak lokar disediakan untuk murid sekolah rendah 2 sesi. Murid sekolah rendah satu sesi pulak akan simpan buku kat laci meja kelas masing-masing. 

Bilangan buku latihan pulak ditetapkan tak lebih 2 buah buku bagi setiap subjek pada satu-satu masa. Lepas tu buku latihannya tak boleh lebih 80 muka surat. 

Ketetapan yang satu ni KJ puji. Ya buku teks digital. Walaupun secara peribadi lebih suka buku fizikal tapi akur perkembangan teknologi dan ni salah satu cara anak kita belajar sekarang.  

Cuma KJ rasa, pelaksanaannya nanti memang akan ada cabaran kat awalnya. Bukan sedang nak biasakan dengan benda yang kita tak biasa…kan? Jadi kita beri masa kepada semua dan usaha untuk cepat adaptasi. 

Kudos KPM dan semua yang berusaha memperjuangkan isu ni. 

 

Oleh: KJ  

Sumber & gambar: AWANI, BERNAMA, KPM, Sinar Harian, Berita Harian, The Reporter, netizen & Internet