Isteri Tepis Dakwaan Remy Ishak Tindik Hidung Sebab Nak Perhatian

Pelakon Remy Ishak dituduh menggayakan subang hidung kerana mahukan perhatian, isterinya Ezza tampil menepis dakwaan tersebut. 

Menurutnya, Remy tidak memerlukan publisiti kononnya dilakukan demi menaikkan semula namanya yang semakin merudum.

“Alhamdulillah, Allah bagi rezeki dekat kami tak pernah putus. Susah suami saya ini nak dapat cuti.

“Bezanya suami saya susah nak kongsi di media sosial. Semoga Allah permudahkan urusan adik ya,” katanya. 

Ezza turut menolak dakwaan suaminya tampil dengan imej bertindik pada hidung disebabkan kerjayanya yang semakin hambar.

“Mungkin sebab dah makin sendu, jadi bila buat macam ini baru ada berita ‘naik’ pasal dia,” kata individu terbabit.

Sumber: Kosmo