“Saya Mungkin Akan Maafkan Awak Tapi ..” Isteri Hafidz Roshdi Respon Pengakuan Athira

Hujung minggu lalu, wanita yang dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangga pelakon, Hafidz Roshdi dan isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri telah tampil membuat pengakuan serta permohonan maaf.

“saya mungkin akan maafkan awak tapi ..” isteri hafidz roshdi respon pengakuan athira

Bagaimanapun menurut isteri Hafidz Roshdi, kenyataan yang dibuat wanita bernama Athira Yuhada itu adalah bercanggah dengan apa yang benar-benar berlaku.

 

Kata Shuhada, wanita itu berhubung kali terakhir dengan suaminya adalah pada beberapa minggu lalu sehingga 25 Januari 2023.

 

“Ada beberapa perkara yang perlu saya kemukakan kerana disalah tafsir. Kamu berdua berhubung sesama sendiri hingga 25 Januari 2023.

“Kenyataan ini mengikut semua bukti yang saya saksikan sendiri. Saya mempunyai hak memaparkan kepada orang ramai untuk melindungi keluarga saya.

“Namun, saya menyerahkan segala-galanya kepada peguam yang boleh mengendalikan perkara ini dengan cara betul dan lebih beradab,” kata Shuhada.

 

Tambah Shuhada lagi, Athira sepatutnya tidak menyalahkan Hafidz seorang sahaja kerana jika bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

“saya mungkin akan maafkan awak tapi ..” isteri hafidz roshdi respon pengakuan athira

“Suka saya menasihatkan agar tidak menyalahkan pihak Hafidz sahaja sejak awak tahu tindakannya tidak benar.

“Kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi dan awak tahu betapa pantasnya perhubungan kalian berlaku.

“Katanya berjumpa pada waktu sekian-sekian tetapi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan sembilan tahun kena mengurat. Wah! hebatnya kamu untuk dikejari,” ujarnya lagi.

 

Shuhada turut mempersoalkan jika Athira ada rasa bersalah menjadi pemusnah rumah tangga orang lain.

 

Bagaimanapun Shuhada akur untuk memaafkan wanita itu namun tidak akan melupakannya.

 

“Perkara yang awak lakukan bukan mudah untuk dimaafkan tetapi Allah menyuruh untuk menjadi manusia pemaaf walau seberat mana kesalahan.

“Saya mungkin akan memaafkan awak tetapi tidak pernah melupakannya,” ujarnya lagi.

 

Terdahulu, Athira tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas namanya disebut sebagai orang ketiga yang menggangu rumah tangga Hafidz dan Shuhada.

 

Sumber: Kosmo!