Tak Boleh Nak Masuk Rumah Sendiri, Isteri Allahyarham Abam Bocey Minta Netizen Nilai Sendiri

Hari ini, 10 Februari 2023 genap sudah tiga tahun pemergian Allahyarham Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey.

tak boleh nak masuk rumah sendiri, isteri allahyarham abam bocey minta netizen nilai sendiri

Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Gombak ketika usia 32 tahun dan menurut isteri Allahyarham, Nor Hidayah, Abam mengalami demam panas dan sakit kepala sejak dua hari sebelum kematiannya.

 

Selepas tiga tahun berlalu, Nor Hidayah telah berkongsi satu video yang mana menunjukkan rumah beliau bersama Allahyarham suami. Namun malangnya, beliau tidak dibenarkan untuk masuk ke rumah itu, meskipun ketika itu ada kereta dan motosikal pada garaj.

tak boleh nak masuk rumah sendiri, isteri allahyarham abam bocey minta netizen nilai sendiri

tak boleh nak masuk rumah sendiri, isteri allahyarham abam bocey minta netizen nilai sendiri

Ekoran itu, beliau meminta orang ramai khususnya warganet menilai sendiri apa yang sedang berlaku kepada keluarganya ini.

 

“Hari ini 10/02/2023 Genap tiga tahun arwah tinggalkan kami... Abang, sayang datang rumah kita tapiiii.. korang nilaikan sendiri..

“Pihak disana tolong buat bayaran RM60,000, peguam Dayah sudah dua kali menghantar surat 21 hari tapi pihak sana hanya berdiam diri dan mempermainkan perintah Mahkamah..,” tulis Hidayah pada kapsyen video.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @abam_bocik

 

 

Terdahulu, Hidayah telah menang kes saman fitnah terhadap Ali Puteh berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagramnya yang antara lain menggambarkan dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.

 

Sumber: Instagram