Segera Isi E-Filing LHDN Sebelum 15 Mei, Elak Kena Penalti

Pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan diingatkan untuk melaporkan pendapatan mereka yang layak dikenakan cukai bagi Tahun Taksiran 2021 selewatnya pada 15 Mei ini melalui sistem e-Filing.

segera isi e-filing lhdn sebelum 15 mei, elak kena penalti

Dalam satu kenyataan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata ia bagi mengelakkan sebarang penalti lewat kemuka Borang Nyata Cukai dikenakan.

.

Tarikh akhir bagi mengemukakan Borang Nyata Cukai Tahun Taksiran 2021 (TT 2021) bagi kategori pembayaran cukai individu pemastautin (Borang BE), individu pemastautin berkepakaran (BT), individu bukan pemastautin (M), individu bukan pemastautin berkepakaran (MT), pertubuhan (TF), harta pusaka (TP) dan keluarga sekutu Hindu (TJ) juga adalah pada 15 Mei ini.

.

"Pembayar cukai boleh merujuk kepada Program Memfail Borang Nyata bagi 2022 yang boleh diakses dan dimuat turun menerusi pautan https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2022_1.pdf bagi bahasa Melayu dan https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2022_2.pdf untuk bahasa Inggeris," menurut LHDN.

.

Sumber: [1]