Pernah Digosipkan Bersama, Irene Deanna Anggap Syamsul Yusof Hanya Kawan ‘Hi Bye’

Pernah menjadi tumpuan media tempatan, ahli perniagaan, Irene Deanna, 25, menjelaskan hubungannya bersama pengarah sensasi, Syamsul Yusof hanyalah sekadar kawan biasa.

pernah digosipkan bersama, irene deanna akui syamsul yusof hanya kawan ‘hi bye’

Menurut Irene, beliau mengenali Syamsul kerana pengarah itu adalah kenalan kepada ibu bapanya sendiri.

 

"Kami sekadar kawan biasa sebab Syamsul kenalan emak dan ayah, bukan saya. Memang hanya kenalan 'hi bye'," katanya.

 

Gosip mengenai Syamsul dan Irene tular selepas foto mereka makan malam bersama dikongsikan ramai pengguna Internet.

 

@makcikbawangchannel Kalau btl apa salahnyaaa HAHAHAHAHA. kami rakyat malaysia sokong penyondol yg ni. sekufuuuu nokkk. lawooo. rupanya dari last year? btl keeeeee? kami tanyaaa .adakah ini benar belaka? #irenediane #girlfriendsyamsul #syamsyulyusoff #artiskekasihbaru ♬ suara asli - 𝙎𝘼𝘿𝙀𝙒𝙊𝙆 - sadewok ✪

 

Ujar Irene, foto itu hanya sekadar gambar sahaja dan Syamsul datang ke lokasi itu adalah atas urusan kerja.

pernah digosipkan bersama, irene deanna akui syamsul yusof hanya kawan ‘hi bye’

"Itu sekadar gambar sahaja. Sebenarnya, Syamsul datang atas urusan kerja dengan syarikat permotoran, jadi kami ambil gambar bersama sebab dia adalah kenalan keluarga.

"Saya tak tahu nak komen sebab tiada apa-apa pun. Jadi, 'no comment'," katanya lagi yang akui terkejut apabila namanya dipetik dan menjadi bualan netizen.

 

Bagaimanapun, Irene mengakui tidak terganggu dengan gosip sedemikian, malah hanya mampu ketawa apabila membawa setiap dakwaan dilemparkan netizen kepadanya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Curly Irene (@irenee.deanna)

 

Sumber: BH / Utusan / Instagram