Ira Kazar Dipanggil JAWI Bagi Bantu Siasatan Berhubung Kes Puteri Sarah

Anak kepada pelakon Kazar, iaitu Ira Kazar dipanggil ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada 18 Ogos lalu.

ira kazar dipanggil jawi bagi bantu siasatan berhubung kes puteri sarah

Memetik laporan portal akhbar tempatan, Ira, 27, diminta membantu siasatan berhubung tindakan saman yang telah difailkan Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan lain di pejabat agama terhadap wanita itu baru-baru ini.

Ira juga difahamkan ditemani keluarganya ketika berada di pejabat Jawi.

Terdahulu, nama Ira Kazar menjadi bualan hangat orang ramai selepas didakwa mengganggu rumah tangga yang dibina Puteri Sarah, 37, bersama Syamsul Yusof, 38.

Menurut Puteri Sarah, dia telah lama menanggung derita serta menahan sabar sebelum akhirnya berkeputusan mengambil tindakan undang-undang.

 

Sumber: HMetro

ARTIKEL BERKAITAN