Isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dikatakan kini sedang mengalami kifarah dan redha dengan apa yang berlaku.
Menerusi perkongsian Tiktok, isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilan Ortiz berkata Ira kini sedang mengalami kifarah, namun bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepadanya.
“Ira tengah mengalami kifarah sekarang, bukan? Dia pun dah reda, bersyukur dengan apa Allah beri kepada dia,” katanya.
Meskipun tidak memperincikan maksud disebalik kifarah yang disebut itu, rata-rata warganet seakan faham bahawa ia adalah atas apa yang terjadi selepas wanita itu digelar sebagai ‘perampas’ rumah tangga orang lain.
“Dia terima, dia ikhlas. Insya-Allah. Kita doa yang baik-baik untuk dia juga,” katanya lagi.
Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, 28, bagaimanapun tidak memberi respon sebaliknya hanya tersenyum dan bermain telefon bimbitnya.
Terdahulu, kisah antara Ira Kazar bersama Syamsul Yusof sentiasa menjadi topik hangat sejak pengarah itu mengesahkan sudah bernikah dengannya di Thailand pada 6 Januari lalu.
Kisah menjadi lebih panas apabila isteri pertama Syamsul ketika itu iaitu Puteri Sarah Liyana membuat tuntutan cerai sebelum mereka disahkan berpisah talak satu pada 14 Jun lalu.
Sumber: Tiktok