Iqbal Teringin Masuk Pertandingan Lawak Pula Jika Diberi Peluang

Usahawan, Iqbal Zulkefli mengakui ada memasang niat untuk menyertai mana-mana pertandingan lawak jika diberi peluang itu pada masa hadapan.

iqbal teringin masuk pertandingan lawak pula jika diberi peluang

Katanya, dia juga tidak akan marah jika diperli atau diperkata netizen atau pelawak yang menjadikan dirinya sebagai bahan.

 

“Saya teringin nak sertai program lawak jika diberi peluang. Perli dan mengata saya itu, saya tidak marah,” katanya.

 

Kata bekas peserta Big Stage 2022 itu, peguamnya pernah menasihatkan dirinya untuk mengambil tindakan undang-undang apabila namanya sering dijadikan bahan jenaka oleh pelawak ketika mereka mengadakan persembahan sketsa.

iqbal teringin masuk pertandingan lawak pula jika diberi peluang

Bagaimanapun menurut Iqbal, beliau enggan berbuat demikian kerana pada akhirnya mereka semua itu nanti akan menjadi kawannya.

 

Tambah Iqbal lagi, jenaka yang dibuat pelawak ketika melakukan persembahan pentas adalah untuk menghiburkan penonton, dan tidak mudah untuk terasa hati.

 

“Saya kenal orangnya, susah nak terasa hati dengan kata-kata orang. Tetapi saya akan terus block orang yang tinggalkan komen berlebihan serta tiada adab selain menipu dan menyakiti orang di sekeliling saya,” katanya menerusi ruangan Ask Me a Question di Instagram.

 

Sumber: MStar

ARTIKEL BERKAITAN