Pelakon, Datin Intan Najuwa baru-baru ini berkongsikan momen indah majlis sambutan ulang tahun kelahiran suaminya, Datuk Ahmad Asraf Azman.
Disebalik kemeriahan sambutan ulang tahun itu, ada seorang netizen yang mempersoalkan keadaan suaminya yang kelihatan ‘basah’ berpeluh.
Berang dengan soalan yang diajukan, Intan, 27, menyatakan suaminya memang seorang yang jenis cepat berpeluh ketika berada di tempat panas.
“Dia mmg jenis cepat berpeluh dan ada je orang jenis cepat berpeluh, especially bila tempat panas,” kata Intan.
Beliau turut menasihati warganet untuk tidak bertanya soalan yang tidak masuk akal kerana sudah penat menjawab soalan-soalan seperti itu.
“Jangan tanya soalan macam orang tak sekolah penat nak jawab,” katanya lagi.
Terdahulu, Intan selamat mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman, 39, pada Ogos lalu.
Baca: “Sebak Sebab I Jumpa Lelaki Yang Betul-Betul Yang Boleh Jaga I,” – Intan Najuwa
Sumber: Tiktok