‘Tak Boleh Tengok Langsir, Bau Kuda’ - Intan Najuwa Alami Alahan Pelik Sepanjang Tempoh Kehamilan

Pelakon Datin Intan Najuwa, mengumumkan dirinya hamil dan kini mengalami beberapa alahan sepanjang tempoh kehamilan trimester pertama.

Menurutnya dia sehingga terpaksa menukar langsir baharu kerana tidak menyukainya. 

“Sebelum ini saya tidak tahu bagaimana pengalaman alahan yang dialami oleh wanita hamil.

“Sebelum ini saya pernah melihat wanita hamil yang menginginkan untuk makan sesuatu, tetapi saya tidak tahu bagaimana perasaannya.

“Tetapi apabila saya sudah hamil, saya tahu bagaimana perasaannya. Langsir itu tidak bersalah. Sebelum ini langsir itu berada dalam keadaan baik dan tidak terusik, tetapi apabila saya hamil, saya sendiri tidak tahu apa masalah saya,” katanya. 

Bukan itu sahaja, Intan juga mengalami muntah-muntah jika berkunjung ke ladang kuda. 

“Sebelum tahu yang saya hamil, saya kerap pergi ke kandang kuda sehinggalah pada satu hari saya bertanyakan kepada suami mengenai pemakanan kuda.

“Saya fikir makanan kuda berkenaan telah diubah kerana perubahan bau najis yang sangat busuk dan membuatkan saya rasa loya serta muntah.

“Suami mengatakan semuanya seperti biasa dan tiada perubahan. Seminggu kemudian, baru tahu bahawa saya hamil dan waktu itu juga sedar yang saya mengalami alahan dengan kuda,” tambahnya. 

Sumber: Kosmo