Pelakon, Datin Intan Najuwa kini lebih terbuka berkongsi kehidupannya selepas bergelar isteri kepada Datuk Ahmad Asraf Azman.
Siapa sangka, pelakon bertubuh genit ini rupanya mempunyai karakter garang sejak memegang status sebagai seorang isteri.
“Dulu kucing, sekarang sudah jadi harimau di rumah.
“Suami akan tahu saya sudah balik rumah sebab boleh dengar suara membebel walaupun jarak 500-meter lagi,” selorohnya dalam siaran langsung TikTok baru-baru ini.
Terdahulu, Intan mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan tersebut pada 18 Ogos lalu di Desaru Coast, Johor dan menerima wang hantaran sebanyak RM222,000.
Meskipun menjadi suri hati kepada lelaki berpangkat Datuk, pelakon itu lebih selesa dipanggil Intan kerana menurutnya, gelaran baginya semua manusia sama sahaja di sisi Yang Maha Pencipta.
Sumber: Tiktok