Semalam, warganet dikejutkan dengan pendedahan yang dibuat isteri kepada pelakon lelaki, Hafidz Roshdi yang mendakwa rumah tangganya diganggu pihak ketiga.
Nurul Shuhada mengejutkan orang ramai menerusi beberapa hantaran InstaStory yang memberitahu rumah tangganya diganggu seorang wanita, sekaligus memberi bayangan suaminya itu bermain kayu tiga.
Hafidz bagaimanapun tidak membuat sebarang kenyataan balas mengenainya meskipun kesemua media sosial miliknya diserang netizen, sebaliknya hanya berkongsi sekeping foto dengan kapsyen, “Tengah komen kat bawah ke tu?”
Foto dengan kapsyen tersebut nyata mengundang amarah netizen yang rata-rata beranggapan ia seakan memerli warganet khususnya para peminat.
Terdahulu, Hafidz pernah menjadi bualan ramai selepas dikatakan berlaku curang terhadap isterinya, namun pelakon itu menegaskan tuduhan itu hanyalah rekaan individu yang berniat menjatuhkan reputasinya.
Sumber: Instagram