Ini Sebabnya Kenapa Dr Noor Hisham Tak Muncul Sidang Media Semalam

ini sebabnya kenapa dr noor hisham tak muncul sidang media semalam

Bagi yang mengikuti mesti pelik kan mengapa semalam tiada sidang media harian status COVID-19 di negara kita.

Haa jangan khuatir atau risau, sebab Dr Noor Hisham menyatakan bahawa beliau dan pasukannya diberi peluang untuk berehat seketika daripada tugas.

Melalui tulisan itu, beliau turut menyatakan bahawa beliau dan pasukannya tidak berehat dan terus bekerja tanpa henti semenjak Disember 2019.

"Pada petang ini saya dan sebahagian pasukan saya diberi peluang untuk berehat seketika setelah bekerja tanpa henti sejak Disember 2019 dalam respons dan kesiapsagaan KKM menghadapi penularan jangkitan COVID-19.

Walaupun tiada sidang media dijadualkan pada hari ini, satu kenyataan akhbar tetap akan menyusul bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat maklumat terkini berkaitan status jangkitan COVID-19 dalam negara," tulis Dr Noor Hisham melalui Facebooknya yang sudah pun ada 600,000 followers.

 Nasib baik tak ada apa-apa kan? Nampak lah ramai yang concern dengan Ketua Pengarah Kesihatan kita ni. Jadi, kalau korang betul-betul appreciate apa yang Dr Noor Hisham dah buat, apa kata korang follow nasihat beliau iaitu amalkan normal baharu dan jaga kebersihan semaksimum mungkin.

Sumber: Astro Awani