Ini Jumlah Wang Yang Anda Boleh Keluarkan Daripada KWSP i-Sinar

ini jumlah wang yang anda boleh keluarkan daripada kwsp i-sinar

Meriah di media sosial apabila ramai yang berkongsi akan permohonan pengeluaran wang simpanan daripada Akaun 1 KWSP di bawah program i-Sinar.

Bagaimanapun, masih ramai juga yang tertanya-tanya berapakah jumlah yang mereka boleh keluarkan daripada akaun tersebut. Ok, kalau anda masih tak berapa nak jelas mungkin ini dapat membantu anda.

1. Baki Akaun 1 kurang daripada RM100,000

Semak baki Akaun 1 KWSP anda. Sekiranya kurang daripada RM100,000 amaun kelakayan keseluruhan anda ialah RM10,000. Tapi, jangan ingat anda akan menerima RM10,000 sekali gus tau. Ini kerana KWSP telah menghadkan maksimum bayaran bulan pertama adalah sebanyak RM5,000. Kemudian, jangka masa pembayaran untuk baki adalah sehingga 6 bulan.

Tapi, kalau anda merasakan tidak memerlukan wang sehingga RM10,000 boleh je anda memohon untuk mengeluarkan sejumlah wang yang diperlukan sahaja.

ini jumlah wang yang anda boleh keluarkan daripada kwsp i-sinar

2. Baki Akaun 1 lebih daripada RM100,000

Sekiranya baki lebih daripada RM100,000 anda dibenarkan untuk membuat pengeluaran sebanyak 10% daripada jumlah baki itu atau sehingga maksimum RM60,000. Anda juga dikenakan jumlah maksimum bayaran bulan pertama iaitu sebanyak RM10,000. Untuk bakinya pula akan dibayar dalam jangka masa sehingga 6 bulan.

ini jumlah wang yang anda boleh keluarkan daripada kwsp i-sinar

Sumber: Instagram KWSP