Cadangan Masa Memandu Balik Kampung Elak Kesesakan Menurut PLUS

Bermula hujung minggu ini, orang ramai pasti mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta.

.

Sudah pastinya kesesakan lalu lintas akan berlaku di beberapa kawasan memandangkan sudah dua tahun orang ramai disekat untuk meraikan Aidilfitri di kampung ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal penularan wabak COVID-19.

cadangan masa memandu balik kampung elak kesesakan menurut plus

Ekoran daripada itu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah mengeluarkan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi mengurangkan kesesakan atau tempoh perjalanan lebih panjang pada musim perayaan 29 April hingga 9 Mei ini.

.

Bagi mereka yang dari Lembah Klang menuju ke destinasi lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (utara) dan Johor, anda dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya lebih awal iaitu sebelum jam 10 pagi.

.

Bagi destinasi yang lebih dekat atau negeri-negeri lain, anda dinasihatkan untuk memasuki lebuhraya selepas jam 1 petang.

.

Bagi perjalanan pulang ke Lembah Klang bermula 5 Mei hingga 9 Mei dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (utara), Johor serta negeri lain, pengguna dinasihat memasuki lebuh raya sebelum pukul 9 pagi.

.

Menurut PLUS, pemandu dari utara ke Lembag Klang dijangka mengalami tempoh perjalanan sehingga 10 jam atau dua kali lebiih panjang jika memasuki lebuhraya selepas jam 9 pagi.

.

Manakala dari selatan menuju semula ke Lembah Klang, perjalanan dijangka mencecah sehingga 7 jam lamanya berbanding purata tempoh perjalanan jika memasuki lebuh raya selepas jam 9 pagi.

cadangan masa memandu balik kampung elak kesesakan menurut plus

Dalam pada itu, pelanggan lebuh raya boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Twitter @PLUSTrafik, Aplikasi PLUS, talian PLUSLine 1800-88-0000, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara.

 

Sumber: [1], [2]