Impak Hikayat Putera Syazlan, Fimie Don Dikritik Tak Layak Bawak Watak Dewasa

Pelakon yang terkenal dengan drama kanak-kanak Fimie Don berkongsi bahawa sebenarnya masih ada lagi peminat yang memanggil dirinya dengan gelaran Hikayat Putera Syazlan. 

Nama gelaran tersebut masih melekat di minda sesetengah orang walau pun drama tersebut sudah lama ditamatkan sejak 12 tahun yang lalu. 

Fimie yang kini sudah berumur 24 tahun berkata, bagi dirinya transisi daripada fasa remaja ke fasa dewasa adalah paling sukar kerana dia sudah pun bergelar pelakon sejak dari kanak-kanak lagi.

“Dia macam Harry Potter. Sampai hari ini orang panggil Daniel Radcliff sebagai Harry Potter. Sama juga dengan saya sampai sekarang orang panggil saya Hikayat Putera Syazlan.

“Alhamdulillah, agak sukar untuk berada dalam posisi saya yang masih ada job. Tapi saya ambil kesempatan dalam fasa sukar itu untuk belajar lebih lagi dalam bidang lakonan.

Dalam pada masa itu, Fimie juga berkongsi yang dia sebenarnya kerap menerima kritikan daripada penonton yang mengatakan bahawa dia tidak sesuai untuk membawa sesetengah watak dewasa kerana wajahnya yang agak babyface. 

“Ada juga komen yang kata saya tak sesuai bila bawak watak dewasa. Kadang-kadang terasa juga

“Tahun ini, saya pernah bawa watak yang tak sesuai dengan usia dan saya rasa saya dah jayakan watak berkenaan dengan baik”, ujarnya lagi.

Sumber: Gempak