Iman Troye Nak Hadiahkan RM300 Pada Pelajar SPM 2022 Dari Gred G Naik Ke A

Penyanyi, Iman Troye berbesar hati untuk menghadiahkan wang tunai RM300 kepada pelajar yang menunjukkan peningkatan dalam mana-mana pelajar bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, yang diumumkan hari ini.

iman troye nak hadiahkan rm300 pada pelajar spm 2022 dari gred g naik ke a

Menurut Iman, beliau mahu menghadiahkan mana-mana calon SPM 2022 berdasarkan kriteria yang ditetapkan, sebagai tanda penghargaan atas kerja keras mereka dan sebagai motivasi untuk mereka terus berusaha di masa akan datang.

 

“Tahniah kepada semua calon SPM 2022. Kepada yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang untuk mana-mana subjek yang sebelumnya G naik ke A, saya nak bagi RM300.

“Hadiah ini bukan saja sebagai tanda penghargaan atas kerja keras mereka, tapi juga mahu memberikan motivasi supaya mereka terus berusaha di masa akan datang,” katanya.

iman troye nak hadiahkan rm300 pada pelajar spm 2022 dari gred g naik ke a

Iman juga berharap, kejayaan pelajar dalam SPM ini dapat memberikan inspirasi kepada bakal calon yang akan menduduki peperiksaan itu tahun ini.

 

“Bagi yang belajar dengan PTTI atau di mana-mana sekolah sekali pun, jadikan kecemerlangan pelajar SPM 2022 ini sebagai pembakar semangat dan dorongan untuk berjaya.

“Kena ingat, usaha tidak mengkhianati hasil. Apa yang penting, jadikan setiap apa yang dipelajari itu bekalan untuk mendidik diri menjadi insan yang lebih baik,” katanya.

 

 

Menurut Iman yang juga duta PTTI, calon SPM 2022 yang menepati kriteria yang ditetapkan boleh menghantarkan DM kepada Instagram PTTI.

 

Sumber: Instagram