Penyanyi Iman Troye, 19, memohon maaf kepada mana-mana individu yang tersinggung dengan tindakannya yang sering dilihat menari di media sosial berikutan dilabel sebagai mencemar imej wanita berhijab.
Iman yang popular menerusi lagu “Teman” berkata, dia bagaimanapun masih peka terhadap batas-batas perempuan berhijab dan tidak akan melakukan perkara yang merosakkan imej tersebut.
“Kalau ikutkan, ramai yang mempersoalkan perkara tersebut. Tetapi, tarian yang saya tunjukkan setakat ini tidak keterlaluan.
“Saya ingin memohon maaf kepada mana-mana individu yang tidak selesa dan menganggap tarian saya menjolok mata,” katanya ketika ditemu bual satu portal akhbar tempatan.
“Sebagai perempuan berhijab, saya ingin membawa imej ini dengan sebaik mungkin dan akan perbaiki dalam cabaran tarian yang seterusnya,” tambahnya.
Sumber: Utusan