Sejak akhir-akhir ini, timbul gosip dan spekulasi kononnya penyanyi, Iman Troye dikatakan sedang akrab dengan seorang jejaka selepas klip video dia sedang berbual dengan lelaki itu tular di media sosial.
Penyanyi berusia 20 tahun yang popular dengan lagu Teman ini bagaimanapun tampil menjelaskan perkara sebenar mengenai status dirinya.
Menurut pemilik nama sebenar Siti Nur Alyssa Sahabudin ini berkata, beliau terkejut apabila hubungan persahabatannya dengan jejaka itu mencetuskan spekulasi, sedangkan antara mereka tiada hubungan istimewa.
“Sebenarnya, lelaki itu adalah kawan Iman, tetapi tidak sangka orang boleh mencetuskan spekulasi. Kami kenal menerusi kawan dari sebuah kumpulan WhatsApp.
“Kalau keluar, kami tidak pergi berdua, sebaliknya beramai-ramai dengan kawan-kawan lain. Kami pernah buat live di TikTok bersama-sama, tetapi tidak pernah bermesej secara peribadi,” katanya.
Ujar Iman Troye, beliau tidak mahu terpalit dengan kontroversi membabitkan mana-mana lelaki kerana matlamatnya kini adalah untuk memberi fokus kepada bidang nyanyian.
Malah katanya lagi, zaman untuk ‘suka-suka’ sudah berakhir dan kini dia perlu memikirkan strategi bagi memantapkan perjalanannya karier seninya.
Tambah Iman lagi, dia kini juga sedang dalam proses ‘sembuh’ daripada luka lama percintaanya dahulu dan tidak mahu memikirkan lagi hubungan yang seris dengan mana-mana lelaki.
Sumber: Utusan